Friday, 8 July 2011

Dokumentasi Ku.

Sabtu. Mac 5 2011. Hari ne, aku memulakan dokumentasi ku yang pertama kalinya. Terima kasih untuk saudara Saiful Ismail, yang telah menunjukajar cara-cara untuk memulakan blog ini, juga segala usaha yang telah beliau berikan, sehingga terhasilnya blog ini.
Link blog beliau, http://www.saifulstory.blogspot.com


Tentang diriku:

Lelaki.

Berjasad Melayu.

Matangsawo kulitku.

Usia menginjak tua.

Solo.

Kekasih ku, Allah yang satu.

Kelebihan dan kekurangan ku, hanya secebis takdiran dari jutaan kurniaan Allah yang maha pengasih kepada ku.

Aku suka melihat dunia ciptaan Allah s.w.t dari pelbagai sudut. Dan mensyukuri dalam diam segala yang terjadi pada diriku juga pada alam sekeliling.

Seperti hari ini. Alhamdulillah. Allah maha besar telah memberikan cuaca yang agak redup di waktu tengaharinya. Setelah beberapa hari yang lepas panas berdenting. Sebenarnya aku amat sukakan waktu hujan turun. Lebih-lebih lagi pada waktu tengahari.

Aturan Allah s.w.t Maha Adil pada setiap ciptaan-Nya.

No comments:

Post a Comment