Friday, 26 August 2011

Rahsia Tulang Sulbi ( Coccxy ).

Apa itu tulang sulbi (coccxy)?

 Rajah tulang belakang manusia dan tulang sulbi (coccxy).









 Letak tulang sulbi (cocxy) ditubuh lelaki.














        Letak tulang sulbi (coccxy) ditubuh perempuan.











 Foto MRI tulang subi (coccxy).
Jika anda merupakan pelajar yang menjadikan subjek biologi sebagai subjek elektif anda, tentunya anda akan atau telah mempelajari bab kedua di tingkatan lima. Bab tersebut yang diberi tajuk 'Locomotion and Support' ada menyentuh tentang struktur tulang dalam badan kita. Tulang sulbi atau mengikut istilah anatominya yang dikenali sebagai coccyx merupakan tulang terakhir dalam susunan dari atas ke bawah tulang vertebra(tulang belakang) yang terletak di bahagian pinggul. Fungsi coccyx adalah untuk menjaga darah, otot, tulang, dan usus. Tulang sulbi ini telah disebut oleh Rasulullah sejak 14 abad dahulu lagi.

Hadis Rasulullah.
  1. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Ada satu tulang yang pada anak Adam yang tidak dimamah tanah." Mereka bertanya, "Apa itu ya Rasulullah?" Baginda menjawab,"Tulang sulbi." (Riwayat Muslim no.7605, Ahmad no.8180).

Nama keratan rentas yang terdapat pada tulang sulbi (coccxy).


Hans Spermann
Keajaiban Tulang Sulbi.

Berdasarkan hadis di atas, dapat kita rumuskan bahawa tulang sulbi tidak akan hancur. Buktinya telah ditunjukkan oleh seorang saintis Jerman bernama Hans Spermann bahawa sel-sel di dalam tulang sulbi tidak akan hancur atau musnah sama sekali. Dalam kajiannya, beliau telah mengisar tulang sulbi sehingga hancur dan panaskannya dengan suhu yang panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau kemudian memeriksa sel-sel tulang tersebut dan ternyata ia masih lagi hidup dan masih lagi utuh seperti biasa. Kajian sama telah dilakukan oleh Dr Uthman Jailani dan Syeikh Abdul Majid al-Zindani dari Universiti Sana'a, Yaman. Hasilnya tetap sama walaupun tulang coccyx itu dibakar sehingga menjadi arang. Sel-sel tersebut tidak rosak sama sekali oleh pembakaran tersebut dan masih hidup.

Kajian-kajian yang dilakukan oleh tokoh profesional seperti mereka membuktikan bahawa meskipun jasad seseorang itu telah meninggal dunia, tetapi sel-sel asas di dalam tulang sulbi masih hidup walaupun telah meninggal dunia beribu-ribu tahun lamanya.

Ada lagi...

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan."(Riwayat al-Nasa'i no.2077, Abu Daud no.4843, Ibn Majah no.4266).

Berdasarkan hadis diatas, dapat kita simpulkan bahawa,
  1. Bermulanya kejadian manusia daripada tulang sulbi.
  2. Manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak daripada tulang sulbi.
Jika anda ingin mengetahui huraian terperinci tentang dua kesimpulan diatas, sila dapatkan majalah SOLUSI isu no.19. Huraian tersebut telah ditulis oleh Dr Farhan Hadi Mohd Taib pada ruangan FIZIKR-Islam dan Sains.

Persoalannya adalah :

1. Apakah saintis barat telah silap dalam membuat penyelidikkan klon. Yang mana selama ini mereka asyik menyatakan bahawa stem sel pada mana-mana anggota badan boleh diambil dan dijadikan klon untuk menghasilkan satu entiti serupa dengan yang asal. Dan yang nyata, semua ujikaji tersebut telah gagal sama sekali.

2. Mungkin sekiranya sel coccxy (tulang sulbi) diambil stem selnya dan dikembangkan sama seperti penyelidikan klon. Maka pasti ianya, (dengan izin allah s.w.t) menghasilkan satu entiti yang sama tapi tidak serupa dengan yang asal atau serupa 100% dengan yang asal.

3. Seharusnya penyelidik sains dan ilmuan islam mula lebih awal daripada saintis barat dalam kaedah penyelidikkan klon menerusi sel coccxy (tulang sulbi). Bukannya untuk menghasilkan pekara keburukan seperti yang dilakukan oleh saintis barat. Tetapi lebih kepada menghasilkan sesuatu stem sel (organ manusia) yang serupa atau sama seperti entiti asal, dan boleh digunapakai oleh mangsa kemalangan atau penghidap penyakit kronik daripada mengharapkan atau menggunakan stem sel (organ manusia) yang lain, yang mana pastinya berlaku penolakan akibat daripada ketidaksesuaian antara penderma dan pesakit.

4. Akan berlaku pro dan kontra dari pandangan yang saya nyatakan. Cuma, alangkah baiknya jika persoalan ini dibincangkan atau difikirkan secara islamic intelectual in medical research and review, berteraskan al-quran kurniaan Allah s.w.t, hadis dan sunah Rasullullah s.a.w. Dan bukan untuk mencari jalan salahnya dalam memberi pendapat secara umum. Demi kebaikan bersama umat manusia.